Sering kali kita tersepak pokok semalu kita akan rasa nak marah...."apa la pokok
nie,,tumbuh di tengan-tengah jalan aku nk lalu..." itu merupakan ungkapan yang lazim kita dengari....betul ke pokok semalu xberguna tuk kita?ye kot,,lgipun lembu pn xmakan pokok semalu...astargfirullah....jangan kita hina ciptaan Ilahi ini...ingat! setiap ciptaan Allah mempunyai manfaatnya..kawan-kawan,sebenarnya pokok semalu nie mempunyai kisah tersendiri,,,,bagaimana nabi Muhammad s.a.w memberi nasihat kepada puteri kesayangannya saidatina Fatimah r.a melalui pohon semalu,hebatkan?
pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,saidatina
Fatimah r.a. setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah semalu itu berada di situ dengan nada sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)
Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil
Tahniah atas penulisan blog..harap dapat menulis input2 yg menarik..
ReplyDeletebgus hok!!..aku sko..gapo2 omen baru pos link ke aku!!>.aku nok baco..pasl rgby pon bleh gok..hah!!!WINGER!! keba ni hok!!(profile adk aku!!)ahaha
ReplyDelete