Islamic Widget

Monday, November 29, 2010

sebuah kereta,seorang isteri?


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk singgah sebentar di laman saya ini. Hujan turun dengan lebatnya pada malam ini menambahkan lagi kesejukan....maklum lah suasana di wilayah strawberi sekarang ini mengalami musim tengkujuh.Alhamdulillah pada malam ini saya terpanggil untuk berkongsi sebuah pengalaman dari seorang hamba Allah S.W.T yang amat berharga untuk kita sebagai pemuda harapan bangsa dan agama (cewah)...
Secara fitrahnya,kita yang sedang meniti usia dalam lingkungan 20an ini pasti tidak akan terlepas dari memikirkan soal ingin "membina masjid"..Saya pasti setiap orang mengidamkan pasangan yang sempurna dari segala aspek...ye lah mana tidaknya,,kawen ni bukan perkara main-main..bukan kawen untuk seminggu dua minggu je.Sebab itulah kita perlu memilih jodoh dengan baik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..Tapi..... macam mana ek kita nak tahu yang pasangan kita ini baik untuk kita?Hurmm agak susah juga..Rata-rata sahabat kita di luar sana menganggap apabila sudah terpikat dengan seseorang, terus mereka mengatakan bahawa inilah pasangannya yang dia cari dan kompem dialah terbaik dan secocok...pelik tul.Adakah mereka tahu akan keserasian antara mereka kelak?(maksudnya bahagia la selepas kawen)setahu saya hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang akan datang..ntah2 pasangan yang mereka pilih itu buruk untuk mereka kelak(nauzubillah)...kita mana tahu kan? Jadi sebab itu lah kita perlu melakukan solat sunat istikharah dan selalu berdoa mohon petunjuk dari Allah S.W.T samada calon yang kita temui ini adakah yang terbaik untuk kita?wahhh,panjang plak saya membebel, ok STOP!

Pada kali ini saya tidak ingin menfokuskan bagaimana cara-cara nak memilih isteri,tapi saya ingin fokuskan kepada topik bagaimana cara kita nak bersyukur dengan bakal pasangan kita kelak.tetttttt.
jom kita ikuti kisah seorang Hamba Allah yang namanya dirahsiakan,
"Sewaktu di dalam sebuah bas di kota raya London dulu,perhatian saya dicuri oleh seorang wanita berambut blown yang memandu kereta sport tanpa bumbung.Saya berada lebih tinggi daripadanya, maka keseluruhan apa yang ada di dalam keretanya itu dapat saya hayati. Semakin kuatlah keinginan saya untuk memiliki kereta seperti itu suatu masa kelak.Apabila saya kembali ke tanah air, keinginan itu tetap ada dengan sangkaan yang tidak pernah padam bahawa kereta mahal dan mewah pasti tidak bermasalah.Dalam tempoh beberapa tahun saya kekallah dengan kereta lama saya itu,harganya sederhana dan rasanya bolehlah digunakan untuk kehidupan biasa di Kuala Lumpur.

Beberapa tahun kemudian saya mengambil keputusan menukar kereta berkenaan dengan yang baru, lebih mahal, lebih berkuasa dan lebih menepati citarasa kehidupan bandar raya yang moden lagi anggun. Pendek kata segalanya lebih..lebihla. Memiliki kereta ini ternyata lebih baik daripada yang dulu.Maklumlah cita rasa kita kerap berubah-ubah mengikut suasana, keadaan dan tempat. Namun, secara jujur saya dan keluarga tiada menghadapi apa-apa masalah dengan kereta saya itu. Tapi rasa selesa,selamat dan penuh sistematik itu tidak lama. Beberapa bulan sahaja saya mula merasakan ada yang tidak kena dengan kereta import berkenaan,antaranya cermin auto tiba-tiba jem, radio selalu hilang frekuensi,stereng bergegar pada kelajuan2 tertentu, salah satu pintu perlu ditutup dengan kuat, isyarat petrol susut muncul sewaktu petrol masih penuh dan kadang-kadang pintu tak boleh dibuka dari luar. Sudah tentu ini mendukacitakan sekali sebab kereta import tidak seharusnya begitu, baru pula, tapi itulah yang terjadi. Hingga kerana itu terpaksalah kereta itu dihantar kepada pengimport beberapa kali.Semua proses ini mengambil masa dua bulan untuk benar-benar menepati spesifikasi yang dijanjikan. Maklum kereta import perlukan kepakaran import serta alat ganti import yang hanya mampu dikeluarkan oleh pembuatnya jauh di seberang laut.

Dengan pengalaman-pengalaman begini, selalu membuatkan saya terkenang-kenang kereta saya yang dulu-dulu.Mereka tidaklah terlalu canggih dan tidaklah terlalu mahal namun mereka tidak pernah memberikan saya masalah. Mereka berkhidmat untuk saya dengan baiknya, lancar membelah awal pagi tatkala saya perlu memandu jauh untuk. Tiada sebarang masalah.

Baru-baru ini pula saya membeli pula sebuah scooter berkuasa tinggi. Sebulan kemudian ia memberikan masalah pertama kepada saya. Bateri cepat hilang kuasa,penggunaan petrol tinggi, tali meter tercabut dan ekzos pecah.Kadang-kadang apabila saya renung-renungkan, barangkali begitulah pasangan kita. Selalu kita menyangka hak orang lain itu lebih baik. Selalu kita menyangka isteri orang itu sangat sempurna dan cantik,anggun, pandai ambil hati dan segalanya indah sehingga kita pun menaruh imaginasi liar untuk memilikinya. Setelah kita miliki, dengan mengorbankan banyak daripada apa yang kita ada, kita dapati dia tidaklah sesempurna sebagaimana yang kita sangkakan itu.

Selepas kejadian itu hamba Allah ini terfikir dan membuat analogi agak-agaknya begitulah jugalah dengan suami kita.Selalu kita menyangka suami orang itu baik, beriman, kacak, sempurna peribadi, penyayang,bertanggungjawab dan amat memahami hati kita sedangkan suami kita jauh berbeza. Kita pun berusaha mendapatkannya tanpa memperdulikan situasi kita yang sebenar. Kita sangka pasti bahagia bersamanya.Hakikatnya setelah dia kita miliki dengan mengorbankan semua yang telah sedia kita miliki dulu serta mengorbankan rumahtangga orang lain, rupa-rupanya dia tidaklah sesempurna seperti yang kita sangka.Agaknya bertukar pasangan samalah seperti membeli kereta mewah dan scooter berkuasa tinggi."

Semoga kisah yang dipaparkan di atas dapat memberi pengajaran kepada kita untuk sama-sama bersyukur dengan pasangan kita kelak(bukan untuk pasangan kapel).Ingat setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri.Mungkin perkahwinan anda kelak akan melengkapkan antara satu sama lain.. .wallahua'lam

Sunday, November 28, 2010

joM kita bersajak...


Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
Ia merupakan wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah
Syaitan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah, ilmu pun tidak menjamin sekalipun ia perlu

Susahnya menjaga hati
Bila dipuji ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya
Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya
Sombong mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa
Kemuncaknya putus asa
Takdir yang menimpa susah untuk redha
Ujian yang datang sabar tiada
Jiwa menderita
Kelebihan orang lain hati terseksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Menegur orang suka, ditegur hati luka
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan raja diri
Bukankan sifat sombong pakaian raja?!

pohon SeMalu

Sering kali kita tersepak pokok semalu kita akan rasa nak marah...."apa la pokok
nie,,tumbuh di tengan-tengah jalan aku nk lalu..." itu merupakan ungkapan yang lazim kita dengari....betul ke pokok semalu xberguna tuk kita?ye kot,,lgipun lembu pn xmakan pokok semalu...astargfirullah....jangan kita hina ciptaan Ilahi ini...ingat! setiap ciptaan Allah mempunyai manfaatnya..kawan-kawan,sebenarnya pokok semalu nie mempunyai kisah tersendiri,,,,bagaimana nabi Muhammad s.a.w memberi nasihat kepada puteri kesayangannya saidatina Fatimah r.a melalui pohon semalu,hebatkan?
pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,saidatina
Fatimah r.a. setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah semalu itu berada di situ dengan nada sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya  itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil