Islamic Widget

Tuesday, December 21, 2010

Tabligh, Salah Ke?

SOALAN:
Dalam 1 laman web,ada 1 perdebatan antara org tabligh dgn jemaah PAS..sy ada terbaca 1 jawapan dr org tabligh ni,die cakap,'hanya dakwah dgn cara nabi ni lah sahaja diberkati Allah,cara lain mcm ceramah,usrah ni xdok kesan kt umat'..adakah penyataan mereka ni betul?

JAWAPAN:
Dakwaan puak tersebut yg mengatakan ceramah dan usrah tidak berkesan adalah menyimpang dari kebenaran. Sesuatu pertubuhan tidak boleh mendakwa hanya cara mereka yg betul. Semua orang Islam yg berusaha mengajak manusia kembali mentaati Allah adalah dikira mulia disisi Allah samada cara politik, tulisan, mengajar atau seumpamanya.
Masih ramai pengikut tabligh yang tidak tahu menunaikan ibadah-ibadah Islam dengan betul walaupun telah bertahun-tahun bersama jemaah tersebut.
Ini menunjukkan cara mereka itu yg tidak kena atau ada kelmahannya.
Ini belum diambil kira dakwaan puak tersebut yang mengatakan politik tiada dalam Islam. Ini adalah jelas merosakkan aqidah dan Islam mereka itu.
Walhasil ikutlah jemaah yang ramai yang telah terbukti berjaya menyedarkan manusia tentang pentingnya kembali menurut ajaran Islam seperti yang dibawa oleh ulamak-ulamak kita bukan dengan mengikut orang-orang jahil yang bukan ulamak.
 
wallahua'lam 
  (ustaz Azhar Idrus)

Friday, December 17, 2010

2 Sebab Wanita Masuk Neraka

Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta baginda SAW memberi ucapan khusus untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan mberi tazkirah seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka". 


 

Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab, "Tidak.
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :

1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di bawah:

Contoh 1

Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba, akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus agaknya." Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2

Sedang memasak gas habis. Kita mungkin berkata "****** punya gas. Masa ni jugak nak habis." Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti tidak mengiktiraf Kebaikan di sini bermaksud tanggungjawab yang telah ditunaikan oleh suami.

Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang suami yang kurang faham apa yang dimaksudkan dengan 'kufurkan kebaikan suami'. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau jumpa, seorang isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak" 

(Terjemahan langsung dari Arab).

[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".][Tak guna sesen pun']

Rasulullah SAW sambung lagi,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya.' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.. 


Fadhilat beristighfar:

a. Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 X sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).." Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk mencapai
target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam amalan-amalan harian kita.

b .Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita"

c. Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapa n yang baik. Yang paling utama ialah terhadap keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya bagaimana hendak menambat hati suami.  diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra,
isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau. Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga,
Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.

Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu syair

Arab yang berbunyi :
"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah." Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang..

Saturday, December 4, 2010

Hijrah..jalan para nabi

Oleh: Syikh Hijazi Ibrahim
 
Hijrah adalah ketentuan Allah kepada para nabi dan rasul. Nabi saw telah memberitahu hal ini semasa di permulaan penurunan wahyu dan semasa Khadijah r.a dan nabi saw pergi menemui Waraqah bin Naufal.  Khadijah r.a telah berkata kepada Waraqah: “Wahai sepupu ku, dengarlah dari anak saudaramu”. Lalu Warqah bertanya nabi saw: “Wahai anak saudaraku, apakah yang kamu lihat?”. Lantas Rasul saw memberitahu apa yang ia lihat. Kemudian Waraqah menjelaskan: “Inilah Namus (malaikat Jibril) yang Allah turunkan kepada Musa. Wahai Muhammad, saya harap saya masih muda lagi ketika itu. Saya harap saya masih hidup ketika kaum mu mengeluarkan kamu dari negeri ini”. Lalu Rasulullah saw bertanya: “Adakah mereka akan mengeluarkan saya?”. Jawab Waraqah: “Ya. Tiada seorang pun yang dating seperti apa yang kamu bawakan melainkan saya cuba membiasakannya. Saya tahu kamu akan mengecapi kemenangan. Nabi saw mengharapkan mereka tidak mengeluarkannya, kerana beliau tiada alasan untuk dihalau keluar disebabkan pada dirinya terkandung akhlak-akhlak terpuji seperti yang pernah digambarkan oleh Khadijah dalam satu kenyataannya:

“Sesungguhnya engkau seorang yang menghubungkan silaturrahim, menolong semua orang, memenuhi keperluan orang  yang  miskin, melayani tetamu, membela nilai-nilai yang benar”.  (Fath al-Bari)

Ibn Daghnah juga telah berhujah dengan sifat seperti itu supaya Abu Bakar tidak keluar dari Mekah. Namun Waraqah menyatakan sebab nabi dihalau ialah kerana kedatangannya kepada mereka adalah untuk memindahkan mereka dari persatuan mereka. Waraqah mengetahui dari kitab-kitab bahawa mereka tidak menerima nabi dan sudah semestinya nabi menghadapi tentangan dan permusuhan mereka.  (Fath al-Bari) 

 1.Contoh-contoh hijrah para rasul:

Tiada satupun dari rasul melainkan ia akan berhijrah, kerana para rasul mengajak kaum mereka kepada iman dan menyatakannya dengan hujah, bukti dan dalil serta menggunakan segala pendekatan dan cara. Walaupun menggunakan hikmah dan pengajaran yang baik, namun kaum mereka menutup dan memekakkan teliga mereka, menutup akal mereka dari dakwah rasul. Ini menyebabkan para rasul terpaksa meninggalkan mereka dan berhijrah dari tempat mereka untuk mencari negeri yang baik yang sedia menerima nilai-nilai kebaikan, mengangkat pohon-pohon iman dan mengeluarkan buah-buahnya. Di antara rasul-rasul ini ialah; 

1. Nabi Nuh a.s: berhasrat untuk berhijrah setelah berdakwah kepada kaumnya siang dan malam, secara sembunyi dan terang. Di samping mereka tidak menyambut dakwah nabi Nuh, malah mereka berterusan kufur dan lari dari keimanan. Justeru bahtera yang membawa orang-orang yang beriman telah berada di Gunung Jodi selepas Allah binasakan orang-orang kafir dan menenggelamkan mereka.  

2. Nabi Ibrahim a.s: kerana telah berhijrah dari negeri Iraq ke negeri Syam. Malah kehidupan nabi Ibrahim merupakan siri-siri pengembaraan kerana telah melakukan perjalanan dari Syam ke Mesir, kemudian kembali ke Palestin, kemudian melakukan perjalanan ke Mekah bersama anaknya Ismail.a.s dan isterinya Hajar di satu lembah yang tiada tanaman berdekatan Baitullah di Tanah Haram.

3.Nabi Lut a.s: kerana kaumnya telah menolak dakwahnya yang mengajak kepada membersihkan diri dari perkara keji (liwat) yang tidak pernah dilakukan oleh kaum terdahulu di dunia ini. Lalu Allah memerintahkan Lut supaya keluar dari kampung yang dipenuhi dengan kejahatan dan kemaksiatan sebelum Allah menurunkan azabnya. Allah berfirman kepada nabi Lut dan nabi Ibrahim a.s:

“Dan kami selamatkan Ibrahim dan Luth ke sebuah negeri yang kami Telah memberkahinya untuk sekalian manusia”. (Al-Anbiaya’: 71)

 Firman Allah:

“74.  Dan kepada Luth, kami Telah berikan hikmah dan ilmu, dan Telah kami selamatkan dia dari (azab yang Telah menimpa penduduk) kota yang mengerjakan perbuatan keji. Sesungguhnya mereka adalah kaum yang jahat lagi fasik”. (Al-Anbiya’: 74-75)

 4. Nabi Musa a.s: Kisah hijrah baginda dengan kaumnya telah diketahui umum. Al-Quran telah menceritakannya lebih dari satu tempat, yang mana nabi Musa dan kaumnya telah menyeberangi laut dan membinasakan Firaun dan tenteranya.

 5. Penutup rasul dan nabi iaitu Muhammad saw: Gerakan dakwahnya di Mekah begitu terhimpit, baginda dan para sahabatnya sentiasa ditimpa pelbagai siksaan. Lalu nabi telah menyuruh sebahagian sahabatnya berhijrah ke Habsyah. Tinggallah baginda di Mekah sehingga datang perintah dari langit supaya berhijrah ke Madinah dan kami telah membincangkan tentangnya.

2. Jenis-jenis hijrah

Menurut Ibn al-Arabi: Para ulamak membahagikan bepergian di muka bumi kepada dua bahagian: Iaitu Lari dan memenuhi keinginan.

Lari dipecahkan kepada enam bahagian pula:

1.Hijrah, iaitu keluar dari Dar al-Harb (negeri kafir harbi)ke Dar al-as-Salam (negeri orang Islam). Hal ini wajib pada situasi nabi saw dan hijrah ini juga kekal wajib sehingga hari kiamat dan berakhir dengan pembukaan Kota Mekah yang ditujukan kepada nabi saw. Namun hukum ini kekal di negeri “Dar al-Harb” dan sedikir perbezaan keadaannya. 

 2.Keluar dari negeri bid’ah. Menurut Ibn al-Qasim: Saya dengar Imam Malik pernah berkata: Tidak dibenarkan tinggal di negeri yang mengeji golongan Salaf”.

3.Keluar dari negeri yang dipenuhi dengan perkara yang diharamkan, kerana mengingini perkara yang halal adalah wajib bagi setiap muslim.

4.Lari dari penyiksaan pada tubuh badan. Inilah kurniaan dari Allah yang memberi rukhsoh (keringanan). Apabila tercetus kebimbangan tentang keselamatan dirinya, maka Allah membenarkan keluar dari negerinya dan lari meninggalkannya untuk membebaskan dari kebimbangan itu.

Orang yang pertama melakukannya ialah nabi Ibrahim a.s iaitu apabila bimbangkan kaum. Nabi Ibrahim telah berkata:

“Sesungguhnya Aku akan berpindah ke (tempat yang diperintahkan) Tuhanku (kepadaku)”. (Al-Ankabut: 26)

“ Dan Ibrahim berkata:"Sesungguhnya Aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan dia akan memberi petunjuk kepadaku”. (As-Shaffat: 99)

Allah memberitahu tentang Musa:

“Maka keluarlah Musa dari kota itu dengan rasa takut menunggu-nunggu dengan khawatir”. (Al-Qashah: 21)

“Lalu Aku lari meninggalkan kamu ketika Aku takut kepadamu”. (As-Syu’ara’: 21)
.
 5.Takut penyakit akan berjangkit dan keluar ke negeri yang bebas dari jangkitan

 Nabi telah membenarkan para pengembala ketika mereka diserang wabak di Madinah supaya keluar ke tempat ternak dan mereka tinggal di situ sehingga pulih. Namun bagi wabak taun dikecualikan dari keluar kerana Allah telah melarangnya melalui hadith sahih dari nabi saw.

6.Lari kerana takut mengancam harta, kerana kehormatan harta seorang muslim sama seperti kehormaan darahnya dan keluarganya.

Bagi bahagian memenuhi keinginan, terdapat pelbagai jenis yang boleh dipecahkan kepada 9 bahagian:

1.Bermusafir untuk mendapat pengajaran. Firman Allah:

“Dan apakah mereka tidak mengadakan perjalanan di muka bumi dan memperhatikan bagaimana akibat (yang diderita) oleh orang-orang sebelum mereka?”. (Ar-Rum: 9)

Dikatakan Zulqarnain telah mengelilingi dunia untuk melihat keajaibannya. Ada pendapat mengatakan untuk menyebarkan kebaikan di dunia. 

2.Bermusafir kerana mengerjakan haji..

3.Bermusafir kerana berjihad dan ia mempunyai hukum-hukum tertentu.

4.Bermusafir kerana mendapatkan keperluan hidup. Diberi kebenaran kepada lelaki yang mencari keperluan hidup dengan terus menetap di mana ia hanya keluar jika memenuhi keperluannya seperti berburu, mencari kayu api atau bahan bakar kerana ianya wajib baginya.

5. Bermusafir kerana menjalankan perniagaan dan memperolehi pendapatan tambahan. Hal ini harus kerana kurniaan Allah. Firman Allah:

“Tidak ada dosa bagimu untuk mencari karunia (rezki hasil perniagaan) dari Tuhanmu”. (Al-Baqarah: 198)

Iaitu perniagaan yang merupakan nikmat dari Allah semasa dalam perjalanan haji.

6.Bermusafir kerana menuntut ilmu. Inilah yang paling terkenal sekali.

7.Bertujuan menjelajah. Sabda nabi saw:

“Jangan kamu mulakan perjalanan melainkan menuju ke tiga masjid”. (Bukhari)

8.Pergi ke medan pertempuran dan mempertahankan dari serangan musuh.

 9.Menziarahi saudara-saudaranya kerana Allah. Sabda nabi saw:

“Seorang lelaki telah menziarhi saudaranya di suatu kampong. Lalu Allah telah mengirimkan malaikat untuk menyoalnya. Lalu malaikat bertanya: Ke mana tujuan kamu? Jawab lelaki itu: Aku mahu menziarhi saudaraku di kampong ini. Malaikat bertanya lagi: Adakah kamu memperolehi sesuatu kepentingan darinya?. Jawab lelaki itu lagi: Tidak ada apa-apa kepentingan. Aku menziarahinya kerana aku mengasihi Allah. Lalu malaikat menjelaskan: “Sesungguhnya aku telah diutus Allah kepadamu untuk menyampaikan bahawa Allah mengasihimu sebagaimana kamu mengasihi saudaramu”. (Muslim)

3. Balasan kepada orang-orang berhijrah (Muhajirin) di dalam al-Quran:

Al-Quran telah menyatakan balasan baik yang Allah janjikan kepada orang-orang yang tertindas (mustadh’afin) di muka bumi, mereka telah dilarang dari menetap di negeri kelahiran mereka dan dibesarkan di sana. 

Allah swt telah menjanjikan balasan kepada mereka di dunia dan pahala yang besar yang tersedia di akhirat. Firman Allah:

“41.  Dan orang-orang yang berhijrah Karena Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan Sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui,42.  (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal. (An-Nahl: 41-42)

 Balasan baik di dunia menurut kitab tafsir ada enam pendapat:

1.Tiba di Madinah
2.Rezeki yang baik
3.Kemenangan ke atas musuh mereka.
4.Pertuturan yang baik dengan pujian yang mulia kepada orang yang dating kemudian, seperti doa nabi Ibrahim a.s:

“Dan jadikanlah Aku buah tutur yang baik bagi orang-orang (yang datang) Kemudian”. (As-Syuara’: 84)

 5.Berjaya membuka begeri-negeri yang baru dan kini mereka mempunyai banyak wilayah-wilayah.
6.Kekal mendapat kepujian untuk mereka di dunia dan anak-anak mereka terus mendapat kemuliaan.

Semua itu telah dihimpunkan untuk mereka dengan kurniaan Allah. Segala puji hanya bagi Allah.

 Diriwayatkan dari Umar bin al-Khattab r.a, bahawa apabila beliau memberi sedekah kepada lelaki dari kalangan Muhajirin, beliau akan berkata;

“Ambillah..Allah memberkati kamu. Inilah yang dijanjikan Allah di dunia. Ingatlah kurniaan Allah di hari akhirat adalah lebih besar jika kamu mengetahui”. (al-Dur al-Mantsur: 4/221)

Tentang balasan orang-orang yang berhijrah dan bersabar pada jalan Allah di akhirat;

 Allah swt telah berfirman:

“58.  Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, Kemudian mereka di bunuh atau mati, benar-benar Allah akan memberikan kepada mereka rezki yang baik (surga). dan Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik pemberi rezki.59.  Sesungguhnya Allah akan memasukkan mereka ke dalam suatu tempat (syurga) yang mereka menyukainya. dan Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Penyantun. (Al-Hajj: 58-59)

Dari Salman al-Farisi: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:

“Barangsiapa yang mati di atas kuda kerana berjuang di perbatasan, maka Allah memberikan ganjaran ke atasnya seperti pahala berjihad, membalasnya dengan rezeki, selamat dari fitnah dan bacakan mengikut kehendakmu: “Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, Kemudian mereka di bunuh atau mati”. (Al-Hajj: 58) (Ad-Dur al-Mantsur: 4/664)

Dari Fadhalah bin Ubaid al-Ansori seorang sahabat: Pada satu ketika tentera Islam melalui dua jenazah; seorang terbunuh dan yang lain meninggal dunia. Ramai yang cenderung kepada jenazah yang terbunuh. Lalu Fadhalah berkata: Apakah yang mendorong ramai orang memilih jenazah itu dan meninggalkan jenazah ini? Mereka menjawab: Ini adalah kenazah yang terbunuh pada jalan Allah. Lalu Fadhalah menyatakan: Saya tidak mempedulikan sebab jenazah ini mati. Dengarlah Allah berfirman: Dan orang-orang yang berhijrah di jalan Allah, Kemudian mereka di bunuh atau mati, dan “Barangsiapa berhijrah di jalan Allah, niscaya mereka mendapati di muka bumi Ini tempat hijrah yang luas dan rezki yang banyak”. (An-Nisa’: 100)..tempat hijrah yang bertukar dari satu negeri ke satu negeri yang lain dan mendapat rezeki yang melimpah. (Ad-Dur al-Mantsur: 2/368)

Janji Allah untuk memberikan balasan baik terus kekal kepada orang yang ditekan dan ditindas di negeri dan tanair mereka dan berasa sukar untuk menyempurnakan iabadah kepada Allah, maka keluarlah dengan rela atau benci.

Janji Allah terus kekal kepada mereka dengan mengurniakan rezeki yang luas dan lapang di dalam hidup ini di samping balasan yang besar di akhirat nanti.

Allah menyempurnakan janji kepada mereka yang berhijrah kerana mereka tidak memperolehi keamanan di negeri mereka dan kerana dapat hidup dengan penuh kelapangan di negeri tempat hijrah kerana janji Allah itu benar. Allah sekali-kali tidak akan memungkiri janjiNya. 

Terjemahan dari http://www.ikhwanonline.com/Article.asp?ArtID=43688&SecID=363

Thursday, December 2, 2010

Tanda pencipta mencintai manusia


APABILA rakyat mencintai rajanya, hal itu perkara lazim dilakukan. Bagaimanapun, suatu hal sungguh menyentuh hati ialah apabila seorang raja mengasihi rakyat tanpa pilih kasih. Sanggup berdebu dan menjejak tanah, memberi apa diminta dan mendengar setiap rintihan dengan hati paling lembut kepada rakyat.

Begitulah cinta Allah kepada hamba-Nya. Maha Agung dan Perkasa itu mengisytiharkan kedudukannya yang amat dekat kepada hamba-Nya.
Firman Allah bermaksud: “Dan apabila hamba-Ku bertanya mengenai Aku, maka (jawablah) sesungguhnya Aku dekat. Aku memakbulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia meminta kepada-Ku.” (Surah al-Baqarah, ayat 186)
Sesungguhnya apabila Allah mencintai hamba-Nya, ia dapat dilihat dengan jelas dan dirasa melalui hati bersih. Ketika Allah mencintai seorang hamba, maka jatuhlah ke dalam hati hamba itu ilham suci yang membuat dia mengenali tanda kecintaan-Nya.
Ada beberapa tanda yang boleh dirasa oleh hati manusia antaranya:
Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila dia menjadi begitu berminat dengan ibadah. Adakalanya sesetengah orang berusaha sekuat-kuatnya untuk beribadah, hatta melebihi kapasiti diri sebagai insan lemah. Tujuannya hanya satu iaitu mahu mencintai Allah.
Tetapi ibadahnya seolah-olah kosong tanpa rasa, tawar tiada kemanisannya, semangat imannya maju dan mundur, turun dan naik, akhirnya tenggelam pula dipukul arus dunia. Ketika beribadah semestinya seseorang mampu menghadirkan keyakinan bahawa saat itu Allah mencintai dirinya.
Pernahkah kita menikmati sujud yang panjang sambil menghadirkan dalam hati bahawa saat itulah Allah mengisytiharkan nama kita sebagai orang dicintai-Nya?
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jika Allah mencintai seorang hamba maka Ia berfirman: Wahai Jibril sesungguhnya aku mencintai si polan maka cintailah dia.” (Riwayat Imam Ahmad)
Maka orang yang yakin bahawa Allah mencintai dirinya tidak pernah rasa was-was adakah ibadahnya diterima atau tidak? Jauh sekali rasa takbur kerana dia yakin yang menolongnya untuk melakukan ketaatan adalah Allah juga. Bukan kerana kehebatan dan kewarakan, melainkan Allah yang menuntun ke jalan takwa.
Kemudian dia sampai kepada satu makrifah mendalam mengenai Allah iaitu cinta Allah kepada hamba-Nya jauh lebih agung daripada cinta sesama insan. Manusia boleh mengkhianati ibu bapanya atau anak dan isterinya, kawan atau kekasih atas alasan tidak mendapat keuntungan daripada perhubungan itu. Tetapi cinta Allah kekal tidak pernah luntur walaupun dicabar oleh sepak terajang hamba derhaka.
l Tanda Allah mencintai seseorang ialah apabila maksiat membuat dia bangkit mendekati Allah. Adakalanya dosa boleh mendatangkan manfaat iaitu apabila dosa itu akhirnya membawa kepada keinsafan, taubat dan istighfar.
Kemudian seseorang bangkit mengejar Allah, berusaha mendapatkan hatinya yang hilang di belantara maksiat. Ia sama sekali tidak berputus asa daripada rahmat Allah. Ia sentiasa mengingati janji Allah Yang Maha Pengampun.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah: Wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, jangan kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa semuanya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu Kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (Surah al-Zumar, ayat 53-54)
Janganlah kerana dosa semalam seseorang menyangka Allah tidak sudi mendengar rintihannya, terputus tali langit di hatinya, tertolak segala doanya dan terusir dia daripada pandangan Allah.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggaman-Nya. Seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.” (Hadis riwayat Imam Muslim)
Hamba yang taat apabila perangainya berubah menjadi iblis pun Tuhan tetap menunggu, di setiap malam rintihan hamba itu diintip hingga ia pulang kembali ke sisi-Nya.
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tuhan kita turun ke langit dunia pada waktu malam tatkala tiba sepertiga malam yang akhir lalu berfirman: Siapakah yang berdoa kepada-Ku nescaya aku terima, siapakah yang meminta kepada-Ku nescaya Aku beri dan siapakah yang meminta ampun nescaya Aku ampuni.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Monday, November 29, 2010

sebuah kereta,seorang isteri?


Assalamualaikum....
Terima kasih kepada anda semua kerana sudi untuk singgah sebentar di laman saya ini. Hujan turun dengan lebatnya pada malam ini menambahkan lagi kesejukan....maklum lah suasana di wilayah strawberi sekarang ini mengalami musim tengkujuh.Alhamdulillah pada malam ini saya terpanggil untuk berkongsi sebuah pengalaman dari seorang hamba Allah S.W.T yang amat berharga untuk kita sebagai pemuda harapan bangsa dan agama (cewah)...
Secara fitrahnya,kita yang sedang meniti usia dalam lingkungan 20an ini pasti tidak akan terlepas dari memikirkan soal ingin "membina masjid"..Saya pasti setiap orang mengidamkan pasangan yang sempurna dari segala aspek...ye lah mana tidaknya,,kawen ni bukan perkara main-main..bukan kawen untuk seminggu dua minggu je.Sebab itulah kita perlu memilih jodoh dengan baik supaya kita tidak menyesal di kemudian hari..Tapi..... macam mana ek kita nak tahu yang pasangan kita ini baik untuk kita?Hurmm agak susah juga..Rata-rata sahabat kita di luar sana menganggap apabila sudah terpikat dengan seseorang, terus mereka mengatakan bahawa inilah pasangannya yang dia cari dan kompem dialah terbaik dan secocok...pelik tul.Adakah mereka tahu akan keserasian antara mereka kelak?(maksudnya bahagia la selepas kawen)setahu saya hanya Allah sahaja yang mengetahui perkara yang akan datang..ntah2 pasangan yang mereka pilih itu buruk untuk mereka kelak(nauzubillah)...kita mana tahu kan? Jadi sebab itu lah kita perlu melakukan solat sunat istikharah dan selalu berdoa mohon petunjuk dari Allah S.W.T samada calon yang kita temui ini adakah yang terbaik untuk kita?wahhh,panjang plak saya membebel, ok STOP!

Pada kali ini saya tidak ingin menfokuskan bagaimana cara-cara nak memilih isteri,tapi saya ingin fokuskan kepada topik bagaimana cara kita nak bersyukur dengan bakal pasangan kita kelak.tetttttt.
jom kita ikuti kisah seorang Hamba Allah yang namanya dirahsiakan,
"Sewaktu di dalam sebuah bas di kota raya London dulu,perhatian saya dicuri oleh seorang wanita berambut blown yang memandu kereta sport tanpa bumbung.Saya berada lebih tinggi daripadanya, maka keseluruhan apa yang ada di dalam keretanya itu dapat saya hayati. Semakin kuatlah keinginan saya untuk memiliki kereta seperti itu suatu masa kelak.Apabila saya kembali ke tanah air, keinginan itu tetap ada dengan sangkaan yang tidak pernah padam bahawa kereta mahal dan mewah pasti tidak bermasalah.Dalam tempoh beberapa tahun saya kekallah dengan kereta lama saya itu,harganya sederhana dan rasanya bolehlah digunakan untuk kehidupan biasa di Kuala Lumpur.

Beberapa tahun kemudian saya mengambil keputusan menukar kereta berkenaan dengan yang baru, lebih mahal, lebih berkuasa dan lebih menepati citarasa kehidupan bandar raya yang moden lagi anggun. Pendek kata segalanya lebih..lebihla. Memiliki kereta ini ternyata lebih baik daripada yang dulu.Maklumlah cita rasa kita kerap berubah-ubah mengikut suasana, keadaan dan tempat. Namun, secara jujur saya dan keluarga tiada menghadapi apa-apa masalah dengan kereta saya itu. Tapi rasa selesa,selamat dan penuh sistematik itu tidak lama. Beberapa bulan sahaja saya mula merasakan ada yang tidak kena dengan kereta import berkenaan,antaranya cermin auto tiba-tiba jem, radio selalu hilang frekuensi,stereng bergegar pada kelajuan2 tertentu, salah satu pintu perlu ditutup dengan kuat, isyarat petrol susut muncul sewaktu petrol masih penuh dan kadang-kadang pintu tak boleh dibuka dari luar. Sudah tentu ini mendukacitakan sekali sebab kereta import tidak seharusnya begitu, baru pula, tapi itulah yang terjadi. Hingga kerana itu terpaksalah kereta itu dihantar kepada pengimport beberapa kali.Semua proses ini mengambil masa dua bulan untuk benar-benar menepati spesifikasi yang dijanjikan. Maklum kereta import perlukan kepakaran import serta alat ganti import yang hanya mampu dikeluarkan oleh pembuatnya jauh di seberang laut.

Dengan pengalaman-pengalaman begini, selalu membuatkan saya terkenang-kenang kereta saya yang dulu-dulu.Mereka tidaklah terlalu canggih dan tidaklah terlalu mahal namun mereka tidak pernah memberikan saya masalah. Mereka berkhidmat untuk saya dengan baiknya, lancar membelah awal pagi tatkala saya perlu memandu jauh untuk. Tiada sebarang masalah.

Baru-baru ini pula saya membeli pula sebuah scooter berkuasa tinggi. Sebulan kemudian ia memberikan masalah pertama kepada saya. Bateri cepat hilang kuasa,penggunaan petrol tinggi, tali meter tercabut dan ekzos pecah.Kadang-kadang apabila saya renung-renungkan, barangkali begitulah pasangan kita. Selalu kita menyangka hak orang lain itu lebih baik. Selalu kita menyangka isteri orang itu sangat sempurna dan cantik,anggun, pandai ambil hati dan segalanya indah sehingga kita pun menaruh imaginasi liar untuk memilikinya. Setelah kita miliki, dengan mengorbankan banyak daripada apa yang kita ada, kita dapati dia tidaklah sesempurna sebagaimana yang kita sangkakan itu.

Selepas kejadian itu hamba Allah ini terfikir dan membuat analogi agak-agaknya begitulah jugalah dengan suami kita.Selalu kita menyangka suami orang itu baik, beriman, kacak, sempurna peribadi, penyayang,bertanggungjawab dan amat memahami hati kita sedangkan suami kita jauh berbeza. Kita pun berusaha mendapatkannya tanpa memperdulikan situasi kita yang sebenar. Kita sangka pasti bahagia bersamanya.Hakikatnya setelah dia kita miliki dengan mengorbankan semua yang telah sedia kita miliki dulu serta mengorbankan rumahtangga orang lain, rupa-rupanya dia tidaklah sesempurna seperti yang kita sangka.Agaknya bertukar pasangan samalah seperti membeli kereta mewah dan scooter berkuasa tinggi."

Semoga kisah yang dipaparkan di atas dapat memberi pengajaran kepada kita untuk sama-sama bersyukur dengan pasangan kita kelak(bukan untuk pasangan kapel).Ingat setiap orang mempunyai kelemahan tersendiri.Mungkin perkahwinan anda kelak akan melengkapkan antara satu sama lain.. .wallahua'lam

Sunday, November 28, 2010

joM kita bersajak...


Susahnya menjaga hati
Sedangkan ia adalah pandangan Tuhan
Ia merupakan wadah
Rebutan di antara malaikat dan syaitan
Masing-masing ingin mengisi
Malaikat dengan hidayah
Syaitan dengan kekufuran
Bila tiada hidayah, ilmu pun tidak menjamin sekalipun ia perlu

Susahnya menjaga hati
Bila dipuji ia berbunga
Terasa luar biasa
Bila dicaci aduh sakitnya
Pencaci dibenci
Bahkan berdendam sampai mati
Bila berilmu atau kaya
Sombong mengisi dada
Jika miskin atau kurang ilmu
Rendah diri pula dengan manusia
Adakalanya kecewa
Kemuncaknya putus asa
Takdir yang menimpa susah untuk redha
Ujian yang datang sabar tiada
Jiwa menderita
Kelebihan orang lain hati terseksa
Kesusahan orang lain, hati menghina
Bahkan terhibur pula
Menegur orang suka, ditegur hati luka
Aduh susahnya menjaga hati
Patutlah ia dikatakan raja diri
Bukankan sifat sombong pakaian raja?!

pohon SeMalu

Sering kali kita tersepak pokok semalu kita akan rasa nak marah...."apa la pokok
nie,,tumbuh di tengan-tengah jalan aku nk lalu..." itu merupakan ungkapan yang lazim kita dengari....betul ke pokok semalu xberguna tuk kita?ye kot,,lgipun lembu pn xmakan pokok semalu...astargfirullah....jangan kita hina ciptaan Ilahi ini...ingat! setiap ciptaan Allah mempunyai manfaatnya..kawan-kawan,sebenarnya pokok semalu nie mempunyai kisah tersendiri,,,,bagaimana nabi Muhammad s.a.w memberi nasihat kepada puteri kesayangannya saidatina Fatimah r.a melalui pohon semalu,hebatkan?
pada suatu hari Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda,saidatina
Fatimah r.a. setibanya mereka berdua dibawah sebatang pohon tamar,Fatimah terpijak pohon semalu,kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah semalu itu berada di situ dengan nada sedikit marah.
Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya  itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek:
Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya)

Kedua,semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga,semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil